Sabtu, 20 Ogos 2011

Nota Hati 1

3.42 pagi,

aku masih berjaga menghadap skrin lappy yang terang. pada waktu ahli keluarga yang lain sudah enak tidur dibuai mimpi,aku masih di sini. masih mencari arah yang tidak pasti. sebenarnya aku sudah banyak kali memikirkan mengenai perkara yang satu nie. perkara yang mudah sebenarnya,tapi sering dibeban-bebankan oleh kita,oleh aku sebenarnya. kala waktu ini,aku memikirkan tentang perjalanan hidupku yang akan datang. siapa yang akan aku jadi? apa yang akan aku tempuhi? bagaimana hidup aku nanti?

selalu aje kita nak jadi yang terbaik. selalu aje kita nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik. tapi.. tapi.. perkataan tapi itu yang selalu buat kita lalai,alpa..yang selalu membuat kita merasa berat untuk melakukan kebaikan itu sendiri. kata orang "ah,bukan senang nak senang,bukan susah nak susah! semuanya terpulang pada diri kita..diri kita sendiri.."

mengenang kembali masa-masa yang telah dibazirkan,aku tak mahu lagi menoleh ke belakang. menoleh sakit pedih penat lelah pahit mahit jatuh bangun aku sehingga kini. aku sudah puas menangis,menyendiri. aku puas memujuk hati sendiri. bergelak gembira perlu dipaksa. sehingga aku masih payah berdiri di atas kaki sendiri. payah untuk mengekspresi perasaan sendiri jua. aku hampir kehilangan segala-galanya. lelah mencari cinta yang tak pasti. aku sebenarnya punya keluarga yang amat aku sayang dan menyayangi aku..


mama

she is everything. my everything that i can't afford to lose,take anything except her Ya Allah.
EXCEPT HER. 

beloved beloved beloved dad <3 <3 <3
u're my superhero papa..i'm sorry for always making trouble to you.. :'(

hope there will be a better tomorrow for me..with my family,my friends,my beloved one n whoever accept me as who i am is i am..gudnight aite gudmorning everyone.. semoga kita semua berada di bawah lembayung-Nya.. amin ya Rabbal alamin.. :)

Aku memohon dipermudah segala urusanku Ya Allah..
Untuk awak yang saya sayang,harap awak akan bawa saya dan cinta ke jalan yang diredhai oleh-Nya..insyaAllah.. :)

Tiada ulasan: